Kewangan Astro kukuh, PATAMI melonjak 920 peratus

  • 2 tahun lalu
Astro Malaysia Holdings Berhad (AMHB) merekodkan keuntungan selepas cukai dan kepentingan minoriti (PATAMI) pada RM169 juta.

Ia peningkatan 920 peratus bagi suku kedua tahun kewangan berakhir Januari 2020.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Astro, Henry Tan prestasi memberangsangkan itu dipacu langkah mendisiplinkan kos yang dilaksanakan syarikat disebalik landskap industri media penuh persaingan.