Protege jelajah 7 universiti awam

  • 2 tahun lalu
Kementerian Pembangunan Usahawan merancang mengembangkan Program Professional Training And Education For Growing Enterpreneurs (Protege) ke tujuh buah universiti awam sebagai usaha melahirkan graduan berkemahiran tinggi.
Ketua Sekretariat Protege, Nurashikin Ismail berkata, program berbentuk outreach itu bertujuan memberi galakan kepada graduan dan membuka minda mereka untuk menceburi bidang keusahawanan.