Lelaki jatuh sungai dikhuatiri lemas

  • 2 tahun lalu
Usaha mencari dan menyelamat seorang lelaki yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh sungai di Jalan Tun Sambanthan, Brickfield, diteruskan pagi ini.

Menurut Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Mohd Eirwan Hussin pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira 7.45 petang selasa dan menggerakan jentera ke lokasi kejadian.