Netizen persoal air botol RM4.50 dihidang di mesyuarat kos sara hidup

  • 2 years ago
Satu klip video menunjukkan Perdana Menteri mempengerusikan mesyuarat kos sara hidup secara tidak sengaja menarik perhatian kepada kemewahan yang dinikmati pegawai tinggi kerajaan.

Klip video selama 26 saat itu menunjukkan Ismail Sabri mempengerusikan mesyuarat khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara pada 31 Jan lalu.