'Nelayan, penyu terjejas' - NGO bantah aktiviti korek pasir di Pantai Pasir Panjang
  • 2 years ago
Persatuan Aktivis Sahabat Alam (Kuasa) dan beberapa NGO lain membantah aktiviti korek pasir di Pantai Pasir Panjang, Segari, Perak yang didakwa tidak diluluskan oleh pihak berkuasa.

Menurut wakil NGO itu Meor Razak Meor Abdul Rahman berkata aktiviti itu mampu menggangu habitat penyu bertelur di kawasan pantai itu. Malah ianya mampu mengganggu eko-pelancongan dan para nelayan juga terjejas dengan kehadiran tongkang pasir di kawasan terbabit.

Justeru, mereka meminta kerajaan negeri memberi perlindungan di kawasan itu memandangkan ianya merupakan kawasan sensitif alam sekitar tahap 1 yang memerlukan pemeliharaan.

Sumber video: https://www.facebook.com/PersatuanAktivisSahabatAlam/videos/505331610772878