Jalan Hulu Langat ditutup 8-10 pagi untuk kerja pembersihan - MB

  • 2 years ago
Menteri Besar Selangor Amirudin Shari memberitahu, jalan-jalan utama di Hulu Langat akan ditutup pada jam 8 hingga 10 pagi setiap Isnin hingga Khamis bagi kerja-kerja pembersihan susulan banjir.

Bagaimanapun jalan tersebut tidak akan ditutup pada Jumaat, Sabtu dan Ahad memandangkan kemasukan sukarelawan yang ramai pada hari-hari tersebut.