Sukar tetapkan kawalan matawang kripto - Timb. Menteri

  • 2 years ago
Mata wang kripto seperti Bitcoin disifatkan sebagai desentralisasi dan sukar untuk menetapkan satu bentuk kawalan sekuriti, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Eddin Syazlee Shith.

Beliau berkata kerajaan tidak mempunyai satu tempat untuk pemusatan kawalan bagi mata wang kripto kerana ia adalah terbuka.