'SPR tolong siasat dakwaan nama pengundi dipotong sebelum undi'
  • 2 years ago
Seorang wanita pagi ini diberitahu oleh pegawai SPR bahawa namanya telah membuang undi, sebaik dia tiba di pusat mengundi di Dewan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya .

Pegawai itu berkata oleh itu dia tidak boleh mengundi, walaupun jarinya belum dicalit dengan dakwat kekal.

Calon DAP Ayer Keroh Kerk Chee Yee kemudian tiba di pusat itu dan menuntut penjelasan daripada SPR.