'Buat pertama kali dalam sejarah, pengundi ada PN sebagai pilihan ketiga'

  • 2 years ago
Ketua Perikatan Nasional (PN) PN Melaka Mohd Rafiq Naizamohideen berkata, buat pertama kalinya dalam sejarah pilihan raya negeri, rakyat Melaka mempunyai pilihan ketiga.

Bercakap kepada KiniTV, Rafiq berkata rakyat Melaka yang tidak mahu mengundi calon Barisan Nasional atau Pakatan Harapan kini boleh memilih untuk mengundi calon Perikatan Nasional pada 20 November akan datang.