Tinjauan: 'Gembira dah vaksin, dapat pergi sekolah selepas ini' - Pelajar
  • 3 years ago
Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Remaja dimulakan secara rasmi hari ini dan krew KiniTV sempat ke salah sebuah lokasi PPV bagi menemu bual pelajar-pelajar yang menerima dos pertama hari ini.

Rata-rata pelajar yang ditemu bual oleh KiniTV, mereka berasa gembira mendapat suntikan vaksin supaya mereka dapat hadir ke sekolah selepas ini.

Terdahulu, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin hari ini melawat SMK Putrajaya Presint 8(1) yang dijadikan PPV sementara untuk remaja berusia 12 hingga 17 tahun.
Recommended