Empat remaja jual 250 surat MITI, majikan palsu ditahan - Ayob Khan

  • 3 years ago
Polis menahan empat remaja dipercayai memalsukan surat kebenaran Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan surat pengesahan majikan sebelum dijual di laman sosial.

Suspek dipercayai memalsukan 250 dokumen yang setiap satunya dijual RM150 sejak Mac lalu untuk kegunaan merentas daerah dan negeri.

Ketua Polis Johor, Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata sindiket itu mengiklankan perkhidmatan terbabit di Instagram, Facebook dan menerusi aplikasi WeChat.