Agong mahu keabsahan PM baru diuji di parlimen - Shafie

  • 3 years ago
Yang di-Pertuan Agong mahu sesiapa sahaja yang terpilih sebagai perdana menteri baru melalui akuan berkanun (SD) menguji kesahihan sokongannya di parlimen, kata Presiden Warisan Mohd Shafie Apdal.

Shafie berkata, Agong menyatakan hal ini semasa pertemuan antara baginda dan semua pemimpin parti politik petang semalam.