Timbalan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob menasihati pasukan Misi Humanitarian Mission 4 Palestine yang kini berada di Kaherah, Mesir untuk pulang dahulu ke Malaysia, susulan keadaan di Gaza masih tidak menentu.
Nasihat itu disuarakan Ismail semasa video konferensi beliau bersama pasukan bantuan itu yang diketuai Pengerusi Biro Kebajikan Umno Malaysia, Abdul Azeez Abdul Rahim semalam.
Comments