Polis siasat anggotanya buat kenyataan jelik di TikTok

  • 3 years ago
Polis Diraja Malaysia akan memindahkan seorang jurulatih lelaki di sebuah pusat latihan polis yang didakwa membuat kenyataan jelik terhadap pelatih wanita sehingga siasatan selesai.

Siasatan dijalankan selepas sebahagian rakaman video yang dimuat naik anggota polis terbabit menerusi aplikasi TikTok tular di media sosial.