'Saya tak menjelma jadi Wolverine atau mutan' - Najib
  • 3 years ago
Bekas perdana menteri Najib Razak hari ini menyeru rakyat Malaysia yang masih belum mendaftar untuk menerima suntikan vaksin Covid-19 untuk segera berbuat demikian.

Dalam satu video yang disiarkan secara langsung di Facebooknya hari ini, beliau turut menyentuh kadar vaksinasi oleh kerajaan yang masih jauh dari sasaran bagi mencapai imuniti kelompok.

Sementara itu, ahli Parlimen Pekan itu juga berseloroh dan menjelaskan beliau tidak bertukar menjadi 'mutan' sebagai kesan sampingan selepas menerima suntikan vaksin.

Sumber video: https://www.facebook.com/najibrazak/videos/527748785091677
Recommended