Vaksin, PPV di Selangor ditingkatkan - kata KJ selepas teguran Sultan
  • 3 years ago
Kerajaan akan meningkatkan pengagihan vaksin Covid-19 di Selangor sebanyak 25 peratus dalam tempoh terdekat bagi menampung keperluan vaksinasi populasi penduduk negeri itu.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin, berkata setakat ini pengagihan vaksin ke Selangor berada pada kadar 17 peratus daripada penghantaran ke seluruh negara.

Beliau mengulas titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa terkejut dan kecewa apabila dimaklumkan Selangor hanya menerima 615,210 dos vaksin Covid-19 sehingga 1 Jun lalu, dan bukan 2.9 juta seperti didakwa sebelumnya.