Puluhan orang cedera di laluan LRT Kelana Jaya berikutan kemalangan yang melibatkan tren nombor 40 dan 81 lebih kurang jam 9 malam tadi.
RapidKL melaporkan, perkhidmatan kecemasan dan penyelamat telah tiba di tempat kejadian untuk membantu mangsa. Kesemua penumpang yang cedera telah pun dipindahkan.