Exco Selangor didakwa langgar SOP Aidilfitri, polis buka kertas siasatan
  • 3 years ago
Polis sedang menyiasat dakwaan seorang Ahli Majlis Mesyuarat (exco) Kerajaan Negeri Selangor melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkenaan ziarah Aidilfitri dengan menganjurkan majlis sambutan hari raya baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat Supt Ahmad Ridhwan Mohd Nor dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan gambar berhubung perkara itu tular di media sosial yang memaparkan majlis sambutan yang diadakan di rumah wakil rakyat berkenaan di Kuala Langat.