Majikan perlu kemuka SD jika mohon dana program PenjanaKerjaya

  • 3 years ago
Syarikat atau majikan diminta mengemukakan akuan bersumpah (SD) bagi permohonan dana Program Insentif Pengambilan Pekerja di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana), kata Menteri Sumber Manusia M Saravanan.

Beliau berkata syarat tambahan bagi permohonan dana kelolaan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) itu dibuat bagi memastikan tiada ruang untuk pihak ketiga mengambil kesempatan, menipu dan menyalahgunakan dana.

Saravanan berkata pihaknya akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana majikan yang membuat tuntutan palsu melibatkan dana PENJANA dan memaklumkan hingga semalam, Perkeso telah menerima 1,758 kes aduan melibatkan bayaran meragukan dan isu bayaran gaji pekerja.

Recommended