Konflik Israel-Palestin_ Angka korban di Gaza terus meningkat

  • 3 years ago
Jumlah kematian akibat konflik Israel-Palestin sejak empat hari lalu, terus meningkat kepada lebih 100 orang dan rejim Zionis dikesan menambah operasi ketenteraan termasuk ke sempadan Semenanjung Gaza.

Semalam, Hamas menembak roket ke arah tengah dan selatan Israel sebagai tindak balas ke atas serangan udara Israel yang meruntuhkan menara Al-Sharouk di sini.

Hamas berkata dalam satu kenyataan bahawa ia melancarkan 130 roket sebagai tindak balas ke atas serangan udara Israel.