Kematian Ganapathy: Anwar gesa IGP beri penjelasan lengkap
  • 3 years ago
Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador perlu memberi penjelasan lengkap mengenai kematian A Ganapathy, yang meninggal dunia pada 18 April setelah ditahan polis.

Gesaan itu dibuat oleh Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim ketika berucap dalam satu majlis di Bangi malam tadi.

Menurutnya, dia terkesan dengan kes-kes kematian dalam tahanan yang kebanyakannya melibatkan lelaki kaum India kerana turut mengalami keganasan pihak polis ketika ditahan pada tahun 1998.

Sumber video: https://www.facebook.com/watch/?v=1177546866003887