Suami Zeti Aziz disoal siasat polis selama 3 jam

  • 3 years ago
Polis menyoal siasat suami bekas gabenor Bank Negara, Zeti Akthar Aziz, Tawfiq Ayman pagi semalam, menurut laporan The Edge Markets.

Tawfiq yang ditemani peguamnya Jagjit Singh, dipercayai disoal siasat untuk membantu siasatan terhadap dakwaan bahawa dana 1MDB dipindahkan ke sebuah firma yang berpusat di Singapura yang dikendalikan olehnya dan anaknya.