'Anggota polis peras kilang macam pemungut cukai pintu' - Ayob

  • 3 years ago
IPD Batu Pahat telah menahan seorang pegawai dan tiga anggota polis pada 8 April kerana disyaki terlibat dalam kes pemerasan seorang pengurus kilang perabot.

Dalam sidang medianya, Ketua Polis Johor Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, kesemua suspek dijangka akan didakwa pada hujung minggu ini.

Ayob berkata berdasarkan siasatan, suspek tersebut telah lama melakukan pemerasan di kilang-kilang dan kegiatan itu terbongkar apabila mangsa terbaru membuat laporan.

Sumber video: https://www.facebook.com/PolisJohor/v...