RTM bantu betulkan berita palsu, guna 24 dialek dan bahasa - PM

  • 3 years ago
Penyiaran penafian berita palsu mengenai COVID-19 di Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang disampaikan dalam 24 bahasa dan dialek banyak membantu usaha pihak berkuasa memberi pemahaman kepada semua pihak di negara ini.

Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin, berkata usaha dilakukan itu secara tidak langsung dapat mengelakkan orang ramai daripada menjadi panik dengan maklumat yang tidak tepat.

Sumber video: https://fb.watch/4B2st5GAbu/