'Ini kali ke-14 saya jalani saringan Covid-19' - MB Kedah
  • 3 years ago
Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor disahkan negatif selepas menjalani ujian saringan Covid-19 Khamis lepas.

Menurutnya, ujian berkenaan merupakan rutin sebelum keluar dari Kedah, terutamanya ketika situasi pandemik semakin membimbangkan sekarang.

Katanya, ujian saringan yang dijalani di sebuah hospital swasta untuk mempastikan beliau bebas daripada wabak terbabit sebelum dibenarkan merentas negeri bagi menghadiri mesyuarat di Putrajaya.
Recommended