'Adakah Pagoh akan berkompromi dengan Pekan soal bayar cukai_'

  • 3 years ago
RSN Rayer (PH-Jelutong) bertanya kepada Timbalan Menteri Kewangan 1 Mohd Shahar Abdullah sekiranya Perdana Menteri Muhyiddin Yassin akan berkompromi dengan ahli Parlimen Pekan mengenai bayaran cukai tertunggak yang perlu dibayarnya.

Ini kerana menurut Rayer, Muhyiddin memerlukan sokongan Najib di Dewan Rakyat.

Bagaimanapun Mohd Shahar menjelaskan, setiap individu yang berhutang dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri perlu membayar cukai dan pindaan yang dibuat kepada Akta Cukai Pendapatan 2018 adalah untuk kebajikan rakyat dan bukan untuk menyelamatkan individu tertentu.