MP di bawah kuarantin berhak mengundi, tak langgar SOP - Ismail

  • 3 years ago
Menteri Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob menegaskan bahawa tidak ada pelanggaran SOP bagi membenarkan tiga anggota parlimen di bawah kuarantin untuk mengundi di parlimen.

Sebaliknya, Ismail mengatakan ketiga-tiga anggota Parlimen yang memakai alat pelindung diri sepenuhnya itu - Menteri Kesihatan Dr Adham Baba (BN-Tenggara), Menteri Sumber Manusia M Saravanan (BN-Tapah) dan P Prabakaran (Harapan-Batu) - berhak untuk mengundi di Parlimen seperti yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.

Recommended