Belanjawan Kementerian Dalam Negeri lulus melalui undian suara

  • 3 years ago
Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 peringkat jawatankuasa bagi kementerian pertahanan dan kementerian dalam negeri (KDN) tidak berdepan sebarang masalah untuk diluluskan di Dewan Rakyat hari ini apabila lulus dengan undian suara majoriti.

“Lebih suara bersetuju,” kata Timbalan Speaker Rashid Hasnon di Dewan Rakyat hari ini.

RUU itu juga diluluskan dengan mudah tanpa melalui undi belah bahagi selepas 10 ahli Parlimen mengambil bahagian dalam perbahasan pada peringkat jawatankuasa.