Suaram: Ketidakstabilan politik beri kesan kepada perlanggaran hak asasi manusia

  • 4 years ago
Jumlah kes disiasat di bawah Akta Hasutan hampir dua kali ganda pada tahun 2020 berbanding tahun lalu, menurut data yang dikumpul NGO hak asasi manusia, Suara Rakyat Malaysia (Suaram).

Sementara itu, siasatan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (CMA) pula hampir tiga kali ganda.

Suaram menyifatkan usaha untuk menangani pelanggaran hak asasi manusia juga telah menurun pada tahun 2020 berikutan ketidakstabilan politik selepas peralihan kerajaan Februari lalu.