'Saya tak takut sebab saya mahu sihat' - Bung tawar diri uji vaksin Covid-19
  • 3 years ago
Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) hari ini menawarkan diri untuk menjadi rakyat pertama di negara ini untuk menerima vaksin Covid-19, bagi menghilangkan kerisauan pihak yang bimbang tentang keselamatan vaksin berkenaan.

Sebelum itu, Wong Ling Biu (PH-Sarikei) menyuarakan kebimbangan mengenai keberkesanan vaksin yang bakal diperoleh oleh Malaysia ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan (Belanjawan) 2021 peringkat jawatankuasa untuk kementerian kesihatan di Dewan Rakyat hari ini.
Recommended