Tiada pemotongan elaun latihan dan gaji atlet, jurulatih sejak PKP

  • 3 years ago
Tidak ada pemotongan elaun latihan dan gaji atlet dan jurulatih kebangsaan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada 18 Mac, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, walaupun latihan dilakukan secara pendekatan berasaskan kuarantin sejak Julai lepas, namun kebajikan atlet tetap terjaga.

Sementara itu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Bebas-Muar) membangkitkan nasib pengusaha padang bola sepak tempatan yang masih belum dibenarkan beroperasi walaupun beberapa industri lain telah dibenarkan beroperasi seperti biasa.