Gugur air mata jantan Rahmad Mega, bisnes medan selera ‘The Stage’ musnah tengah jalan

  • 3 tahun lalu
PENYANYI Rahmad Mega mengalami kerugian lebih RM400,000 selepas perniagaan medan selera ‘The Stage’ yang diusahakannya terpaksa ditutup akibat pandemik Covid-19.

Menurut Rahmad, 51, langkah menutup perniagaan adalah jalan terbaik kerana dia sudah tidak mampu untuk menyelamatkan medan selera yang terletak di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur itu.

“Kerugian itu termasuk kos pembinaan semula premis yang menelan belanja lebih RM400,000 yang musnah dilanda ribut kira-kira setahun yang lalu.

“Saya terpaksa jual beberapa kenderaan demi menampung kos operasi dan baik pulih… tapi akhirnya pada Mac 2020 ia terpaksa ditutup,” ujarnya kepada mStar.

Tambah Rahmad dia juga pernah mengalirkan air mata apabila mengenangkan perniagaan yang diusahakannya itu kini musnah.

Disyorkan