LGE- DAP akan tolak belanjawan jika peruntukan Jasa diluluskan
  • 3 years ago
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng hari ini menyuarakan pendirian partinya atas pembentukan semula unit propaganda kerajaan, Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) dengan peruntukan RM 85.5 juta yang dibentangkan dalam Belanjawan 2021.

Ahli parlimen Bagan itu turut memberitahu, ahli-ahli parlimen DAP bersedia bersama-sama ahli-ahli parlimen lain untuk menolak belanjawan sekiranya peruntukan kepada Jasa tidak ditarik balik.

Guan Eng berkata demikian pada sesi perbahasannya bagi Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2021 di Dewan Rakyat hari ini.