Covid-19- 1,032 kes baharu, 8 kematian, 82 di ICU

  • 4 years ago
Jumlah kes positif harian Covid-19 di Malaysia terus berada pada empat digit hari ini, iaitu pada 1,032 kes berbanding 1,054 kes yang dicatakan semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, perkembangan itu menjadikan kes terkumpul positif Covid-19 di Malaysia berjumlah 35,425 kes dengan kes aktif sebanyak 10,339.

Dia berkata daripada kes baru itu juga, Sabah kekal merekodkan jumlah kes tertinggi dengan sebanyak 646 kes.