SOP baharu PKPB, PKPP diumum dalam masa terdekat
  • 3 years ago
Majlis Keselamatan Negara sedang mengemaskini dan menambah baik prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi mengekang penularan jangkitan Covid-19 di kawasan-kawasan yang dikenakan perintah itu.

Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob berkata, pindaan SOP itu turut melibatkan PKP Pemulihan (PKPP) yang sedang dilaksanakan di seluruh negara sehingga 31 Disember.