PKPB di seluruh negeri Sabah bermula 12 tengah malam ini

  • 4 years ago
Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan dilaksanakan di seluruh negeri Sabah berkuatkuasa jam 12 tengah malam ini sehingga 26 Oktober 2020.

Katanya jika sebelum ini PKPB dibuat hanya dibeberapa daerah di Sabah namun disebabkan kes Covid-19 yang semakin tinggi di negeri itu maka Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) memutuskan untuk melaksanakan PKPB di seluruh negeri Sabah.

Beliau berkata demikian dalam sidang media perkembangan semasa PKPP hari ini.