Cerita Kg Sim Sim, kampung nelayan di DUN bakal saksikan perlawanan 7 penjuru

  • 4 years ago
Sekiranya anda pernah berkunjung ke Sandakan sebelumnya, anda mungkin juga pernah mengunjungi Kampung Sim-Sim, sebuah perkampungan nelayan kecil yang terkenal dengan makanan laut segar dan terletak hanya 3km dari pusat bandar Sandakan.

Perkampungan kecil yang tenang ini dengan kira-kira dua ribu pengundi baru-baru ini menjadi tajuk utama selepas Ahli Parlimen DAP Sandakan ,Vivian Wong mendakwa kerajaan Perikatan Nasional telah membatalkan peruntukan RM4.2 juta yang diluluskan kerajaan Perikatan Harapan sebelum ini untuk kerja-kerja membaik pulih jambatan di Kampung Sim -Sim.

KiniTV sempat bertemu dengan beberapa penduduk Kampung Sim Sim dan calon DAP yang bertanding di bawah tiket Warisan, Frankie Poon yang bakal berdepan enam pesaing lain dalam pilihan raya negeri minggu hadapan.