Calon BN DUN Kukusan berkempen sambil turunkan bendera pihak lawan

  • 4 years ago
Calon Barisan Nasional di DUN Kukusan, Chaya Sulaiman hari ini melakukan tinjauan mesra di Kampung Padang Terbang di Tawau bersama jentera kempennya.

Dalam satu liputan langsung yang disiarkan di Facebook UMNO Online, ahli-ahli jentera kempen beliau dilihat menurunkan bendera parti lawan, Parti Harapan Rakyat Sabah (PHRS) dan memasang bendera Barisan Nasional selepas meminta kebenaran penghuni di beberapa rumah.

DUN Kukusan merupakan salah satu daripada 13 kerusi baru yang diwujudkan selepas sempadan kawasan negeri Sabah digaris semula.

Kerusi ini bakal melihatkan pertembungan 7 penjuru oleh calon dari USNO, PCS, PHRS, Warisan, PPRS, BN dan Gagasan.

Sumber video: https://www.facebook.com/watch/live/?v=385546015793578&ref=watch_permalink