'Satu lagi gabungan? Semua gabungan ini memang mengelirukan' - Teresa ulas GRS
  • 4 years ago
Timbalan Setiausaha Agung DAP, Teresa Kok menyifatkan Gabungan Rakyat Sabah (GBS) yang diumumkan oleh perdana menteri, Muhyiddin Yassin hari ini sebagai satu di antara gabungan-gabungan yang 'mengelirukan' rakyat.

Beliau merujuk kepada kerajaa Perikatan Nasional dan juga Muafakat Nasional iaitu gabungan antara Umno, Pas dan Bersatu.

Bagaimanapun, beliau melihat kepelbagaian parti yang bertanding di Sabah kali ini sebagai satu perkembangan menarik dan demokratik.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media bersama Calvin Chong, calon DUN Elopura dan Frankie Poon, calon DUN Tg. Papat

Sumber video: https://www.facebook.com/therocket.zh/videos/340146073778440/?v=340146073778440