Penunjuk perasaan HK protes penangguhan pilihan raya, ratusan ditahan
  • 4 years ago
Polis Hong Kong melepaskan tembakan gas pemedih mata pada hari Ahad dan menahan hampir 300 individidu selepas para penunjuk perasaan turun ke jalan bagi menentang penangguhan pilihan raya dan perlaksanaan undang-undang keselamatan negara baru yang dikenakan oleh China.

Pemimpin Hong Kong, Carrie Lam menangguhkan pilihan raya 6 September untuk tempoh setahun pada bulan Julai lalu kerana lonjakan kes koronavirus.

Langkah itu memberi tamparan hebat kepada pembangkang pro-demokrasi yang berharap dapat memperoleh majoriti bersejarah di Dewan Perundangan, di mana hanya separuh kerusi dipilih secara langsung dan separuh lagi anggota dilantik yang kebanyakannya menyokong Beijing.

Laporan oleh Reuters.