'Drebar lori sayur hari-hari ke Singapura pun tak dikuarantin'

  • 4 years ago
Pemandu lori yang berulang-alik menghantar sayur ke Singapura juga tidak perlu kuarantin diri, kata Tuan Ibrahim Tuan Man dalam hujahnya mempertahankan tindakan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Dr Khairuddin Aman Razali.

Timbalan Presiden PAS itu berkata, meskipun Khairuddin tidak melakukan kuarantin wajib selama 14 hari selepas pulang dari Turki, dia bebas daripada Covid-19 dan tidak menyebarkan wabak berkenaan.

Beliau berkata demikian dalam satu kuliah subuh yang disiarkan secara langsung di Facebooknya semalam.