_Langkah apa_ Kami hanya datang makan_ - Shahidan perjelas 'Langkah Sheraton'

  • 4 years ago
Shahidan Kassim (BN-Arau) hari ini menjelaskan peristiwa yang dipanggil 'Langkah Sheraton' hanyalah sebuah majlis makan malam dan bukannya satu langkah pengkhianatan politik seperti yang disebut sebelum ini.

Beliau turut membidas kenyataan Dr Mahathir Mohamad (Bebas-Langkawi) yang sebelum ini pernah memanggil perdana menteri Muhyiddin Yassin serta 37 ahli Bersatu yang menyokongnya sebagai pengkhianat.

Shahidan malah menyifatkan presiden Bersatu itu sebagai 'penyelamat' kerana mengambil alih jawatan itu selepas Dr Mahathir tidak lagi mendapat majoriti ahli parlimen.