Peguam Negara, IGP, Panglima ATM, KSN terima gelaran Tan Sri

  • 4 years ago
Empat lagi tokoh utama menerima darjah kebesaran Panglima Mangku Negara (PMN) yang membawa gelaran 'Tan Sri'.

Tokoh berkenaan ialah Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali, Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador.

Gelaran berkenaan dianugerahkan sempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.