Menteri positif tentang 'kereta terbang', tak pasti status dana awam RM20 juta
  • 4 years ago
Kerajaan Perikatan Nasional percaya bahawa industri 'kereta terbang' atau superdrone iaitu kenderaan mobiliti udara berpotensi besar di masa hadapan.

Bercakap di Dewan Rakyat, Menteri Pembangungan Usahawan dan Koperasi, Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata bahawa projek kereta terbang di negara ini dipelopori sepenuhnya oleh sektor swasta.

Ahmad Fadhli Shaari (PAS-Pasir Mas) kemudian dalam soalan tambahan membangkitkan soal dana awam berjumlah RM20 juta yang disalurkan kepada Aerodyne Ventures Sdn Bhd, syarikat swasta di sebalik projek kereta terbang itu.

Bagaimanapun Wan Junaidi mengatakan dia tidak jelas mengenai status dana awam RM20 juta yang disalurkan untuk projek tersebut di bawah pemerintahan Pakatan Harapan.

Projek 'kereta terbang' merupakan projek yang diterajui pendahulu Wan Junaidi, Redzuan Mohd Yusoff yang kini merupakan menteri kabinet PN.