'Saya tak hina Melayu' - Parlimen kecoh isu 'Melayu rasuah'
  • 4 years ago
Dewan Rakyat berlaku sedikit ketegangan apabila Noh Omar (PH-Tanjung Karang) bangkit mempersoalkan kenyataan Mohamad Sabu (PH-Kota Raja) yang mengaitkan bangsa Melayu dengan kegiatan rasuah.

Sebelumnya, Mohamad Sabu bersetuju dengan kenyataan Mujahid Yusof Rawa (PH-Parit Buntar) yang menyatakan orang Melayu perlu bersatu atas akhlak dan keperibadian mulia termasuk melawan rasuah.

Noh kemudiannya menyatakan rasa tidak puas hati dengan kenyataan tersebut dan mendakwa kenyataan itu terlalu umum kerana mengaitkan bangsa Melayu dengan kegiatan rasuah.
Recommended