suriafm.tv - Pelancaran Muzik Video Single Terbaru Liyana Jasmay 'Cinta Bersatu'

  • 4 years ago
suriafm.tv - Video Muzik Cinta Bersatu adalah arahan Ghaz Abu Bakar. Ini merupakan kerjasama yang ke3 antara Liyana Jasmay dan Ghaz Abu Bakar selepas Aku Tak Percaya Cinta dan Aku Jatuh Cinta. Ghaz Abu Bakar juga adalah pengarah bagi telemovie terbitan Mermaid Studio's milik Liyana Jasmay sendiri iaitu Cik Paris Diva Kampung dan lagu Cinta Bersatu dibuat khusus untuk telemovie tersebut yang akan ditayangkan di Astro Prima pada awal April. Pembikinan video muzik ini dilakukan pada hari terakhir penggambaran Cik Paris Diva Kampung di Tanjung Resang Mersing. Nantikan tayangan serentak Muzik Video ini di www.suriafm.com.my dan suriafm.tv serta laman web dan portal hiburan utama seluruh Malaysia seperti portal hiburan popular Gua.com, Murai.com, selain blog Budiey.com, program bual bicara Malaysia Hari Ini (TV3), Astro Ria dan TV I RTM pada 30 Mac 2012, Jumaat pukul 10 pagi...