'Gaji saya di Prasarana RM8,000 saja'

  • 4 years ago
Anggota parlimen Pasir Salak Tajuddin Abdul Rahman hari ini menjelaskan gajinya sebagai pengerusi Prasarana cuma RM8,000 sahaja ketika menjawab soalan Akmal Nasir (PH-Johor Bahru).

Akmal sebelum ini mendakwa terdapat kira-kira 50 lantikan politik dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dengan purata gaji RM50,000, tidak termasuk elaun.

Justeru, dakwanya, kerajaan terpaksa membayar kos sebanyak RM25 juta setahun untuk bayaran itu.

Tajuddin turut menyifatkan kenyataan Akmal itu sebagai fitnah dan tohmahan yang berat.