SPR sentiasa bersedia hadapi PRU ke-15, kata Takiyuddin
  • 4 years ago
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang) Takiyuddin Hassan berkata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah membuat pelbagai persiapan menyeluruh sekiranya berlaku Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 dalam tempoh terdekat.

Katanya, antara persiapan SPR yang telah dibuat adalah keperluan bajet pilihanraya, peralatan, logistik, latihan kepada petugas dan sebagainya.

Beliau menjawab pertanyaan lisan oleh Ahli Parlimen Padang Terap Mahdzir Khalid yang bertanya sejauh mana tahap kesiapsiagaan SPR bagi menghadapi kemungkinan berlakunya PRU.