Yang Dipertua SA Vigneswaran yang tamat tempoh sebagai speaker Dewan Negara hari ini menyeru kerajaan pusat agar menarik balik pindaan kontroversi pada tahun 1993 berkaitan kuasa raja-raja Melayu.
Menurutnya, perlembagaan persekutuan sangat jelas menunjukkan bahawa sebarang pindaan undang-undang perlu mendapatkan persetujuan raja-raja Melayu.
Ketika ditemui di perkarangan parlimen, Vigneswaran berkata beliau telah mengarahkan satu penyelidikan berhubung Pindaan 1993 dan kertas penyelidikan 72 muka surat itu akan diedarkan kepada umum dalam masa yang sesuai.