94 kes baru, majoriti disebabkan warga Malaysia pulang dari Indonesia

  • 4 years ago
Malaysia mencatatkan 94 lagi kes Covid-19 baru, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan yang direkodkan ialah 5,945.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa kes baru yang dilaporkan terdiri daripada 72 kes import melibatkan warganegara Malaysia yang pulang dari luar negara dan 22 jangkitan tempatan.